up

Monday, December 13, 2010

Angkara Lori Hantu ( Ajal bawah lori 5 tan )




KUALA LUMPUR: Niat murni seorang anak gadis untuk membelikan kereta kepada ibunya tidak kesampaian apabila dia terbunuh dalam keadaan mengerikan akibat digilis sebuah lori hingga separuh tubuhnya hancur.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang semalam, Nor Azima Abdul Aziz, 22, maut di tempat kejadian selepas bahagian perut hingga kakinya digilis lori seberat kira-kira lima tan berhampiran Perpustakaan Negara, Jalan Tun Razak.

Ketika kejadian mangsa yang berasal dari Jalan Bukit Goh, Kuantan, Pahang, menaiki motosikal bersendirian dari arah bulatan Pahang menuju ke tempat kerjanya di Jalan Semarak, di sini.

Ibu mangsa, Rosnah Budin, 45, yang ditemui di rumahnya di Kuantan, malam tadi berkata, kali terakhir dia berjumpa Azima ialah pada Sabtu lalu apabila anak sulung daripada empat beradik itu pulang secara mengejut ke kampung.

Dia tiba di rumah pada kira-kira jam 11.30 malam Jumaat lalu dan pada jam 12.30 tengah hari keesokannya dia bertolak semula ke Kuala Lumpur. Itulah kali terakhir kami sekeluarga menemuinya.

Dalam, perbualannya dengan saya, arwah ada menyatakan hasrat untuk membelikan kereta kepada saya bulan depan. Saya diam saja mendengar kata-katanya itu dan terharu dengan niatnya untuk membantu biarpun dia baru kira-kira seminggu bekerja,” katanya.


Menurutnya, Azima baru menamatkan pengajian diploma perakaunan di Kolej Poly-Tech Mara, di sini kira-kira empat bulan lalu dan baru mendapat pekerjaan di sebuah syarikat telekomunikasi di ibu negara.

Patutlah dalam dua, tiga hari ini saya selalu berasa tak sedap hati. Saya sendiri tak tahu apa puncanya, rupa-rupanya itu petanda anak kesayangan saya akan pergi meninggalkan saya,” katanya. Sementara itu, jurucakap polis berkata, ketika kejadian Azima yang menunggang di lorong tengah tiba-tiba dirempuh sebuah lori yang datang dari arah belakang. “Rempuhan itu menyebabkan motosikal mangsa hilang kawalan lalu terjatuh ke atas jalan raya sebelum digilis lori berkenaan. Akibatnya, bahagian perut mangsa hingga ke bawah hancur. Pemandu lori itu melarikan diri dari lokasi kejadian dan meninggalkan mangsa begitu saja,” katanya.


Susulan itu, anggota polis trafik Kuala Lumpur bergegas ke lokasi kejadian dan menghantar mayat mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Rakan karib Azima, Norhafiza Zahari, 23, berkata, ketika kejadian mangsa yang tinggal menyewa rumah di Taman Shamelin, Cheras, di sini, dalam perjalanan untuk memulakan kerja pada jam 4 petang.

4 comments:

  1. Dah sampai masa dia apa nak buat.
    Kita sebagai umat islam hanya boleh bersedak Al-Fatihah kepada arwah Azima .

    ReplyDelete
  2. org bawak lori salah... dah tau undang2 jalan lagi nk laju... bengong nye lori...

    ReplyDelete
  3. saya tengok semalam depan mata..

    banyaknyer darah arwa.. ;c

    AL FATIHAH

    ReplyDelete