up

Sunday, December 12, 2010

Tergamak toreh kemaluan anak



SEREMBAN: Seorang lelaki layak digelar ‘bapa durjana’ kerana tergamak menoreh kemaluan anak lelakinya yang baru berusia empat tahun dalam kejadian di Taman Desa Dahlia, Senawang, dekat sini.

Lelaki yang juga seorang tukang kebun berusia 30-an itu dipercayai menggunakan senjata tajam untuk melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap anak sulungnya itu.
Ketika kejadian, kanak-kanak malang itu dikatakan tinggal bersama suspek di rumah mereka manakala ibunya dikatakan masih berpantang selepas melahirkan anak ketiga sembilan hari lalu di rumah keluarga di Jempol.

Adik lelaki mangsa berusia setahun pula dijaga seorang saudara suspek tidak jauh dari rumahnya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, kejadian kira-kira jam 12 tengah hari Jumaat lalu itu terbongkar selepas suspek menghantar kanak-kanak itu ke rumah saudaranya tidak jauh dari situ.

Lelaki terbabit menghantar anak sulungnya menggunakan motosikal ke rumah saudaranya dan memintanya menjaga kanak-kanak terbabit.

Suspek turut mengambil anak lelakinya berusia setahun yang dijaga saudaranya dan pada masa sama menyerahkan kunci rumahnya,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Beliau berkata, selepas menyerahkan anak sulung dan kunci rumah, tukang kebun itu beredar bersama anaknya berusia setahun menaiki motosikal dipercayai menghala ke kampung halamannya di Kuala Pilah.

Menurutnya, saudara suspek yang juga seorang wanita berusia 20-an mengesyaki sesuatu tidak kena terhadap kanak-kanak itu lalu melakukan pemeriksaan dan terkejut apabila mendapati kanak-kanak itu cedera di bahagian kemaluan.

Wanita itu membawa mangsa ke hospital dan difahamkan, doktor terpaksa menjahit kemaluan mangsa yang cedera,” katanya.

Kanak-kanak itu dapat diselamatkan pihak hospital hasil tindakan pantas wanita berkenaan yang terus membawa mangsa mendapatkan rawatan sebaik mengetahui kejadian itu,” katanya.

Katanya, suspek dikatakan meninggalkan anaknya berusia setahun itu di sebuah surau di Kuala Pilah, namun mangsa bernasib baik apabila ditemui orang ramai.

Menurutnya, orang ramai yang menemui kanak-kanak itu segera menghubungi polis sejurus selepas kanak-kanak itu dirujuk ke hospital dan pemeriksaan bagaimanapun mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

Selepas meninggalkan anaknya di surau, suspek dipercayai pulang ke rumah keluarganya di Kuala Pilah sebelum diberkas polis tidak lama selepas itu,” katanya.

4 comments:

  1. selaen bapak durjana, bleh panggil bapak sialan. cis!

    ReplyDelete
  2. kesian anak yang tidak tahu apa-apa ini kan .

    ReplyDelete
  3. apalah bapak dia nie....tak payah jadik bapaklah mcam tu...

    ReplyDelete