up

Saturday, February 5, 2011

Patutkah berselindung di awan biru ?

Setelah kehilangan tempat mengadu nasib,disini lah tempat aku meluahkan segalanya.
Masalah selalu ada tetapi aku selalu akan terus menjadi kuat untuk mengharungi perjalanan hidup di dunia ini.
Aku tidak akan pernah lari dari masalah yang aku alami.
Baru-baru ni aku telah disamun dengan sekumpulan kaki samun di Chowkit semasa berjalan ke The Mall untuk bekerja.
Aku mula kehilangan segala benda yang penting didalam dompet.
Selepas satu masalah terjadi,datang lagi satu masalah iaitu perniagaan online ku.
Dengan masalah yang tidak disangka,barang2 yang telah aku order dihantar balik kerana melebihi had kapasiti yang di berikan kerajaan malaysia.
Aku perlu menghadap lebih 15orang untuk menjelaskan masalah ini.
Ada yang bersabar dan ada juga yang meminta wang mereka kembali.
Tetapi aku tidak mempunyai wang buat masa ini untuk menggantikan wang mereka.
Aku hanya mampu berdoa kepada tuhan supaya perjalanan perniagaan aku akan pulih kembali.
Masalah ini masih lagi tidak selesai kerana perlukan wang yang begitu banyak bagi aku.
Timbul lagi masalah yang aku tidak jangka,Mak aku satu-satunya menghidap cancer paru-paru.
Dan aku terpaksa menjaganya di hospital selama 1 minggu.
Sekarang keadaan nya tidak berapa stabil dan aku juga memerlukan duit untuk membiayai kos perubatanya.
Kami adik beradik telah membuat kata sepakat untuk berkongsi duit demi membiayai kos pemedahan kimo dan ubat-ubat.
Hari ini aku bagaikan tidak bermaya lagi untuk berdepan dengan masalah ini kerana aku tidak pernah mintak masalah sebigini terjadi.
Aku tidak bekerja lagi setelah kontrak pekerjaan aku telah tamat dan sekarang aku cuba mencari pekerjaan yang baru untuk menyelesaikan hutang-hutang ini.
Ada juga yang ingin membantu tetapi tidak mampu untuk membantu aku.
Aku tahu bahawa Tuhan sahaja yang dapat membantu insannya yang lemah ini.
Siang malam aku berdoa kepadanya supaya limpahkan rezeki kepada aku selama aku menanggung beban yang amat berat ini.
Dengan ini,aku mungkin akan mencari rezeki jauh dari keluargaku.
Tetapi aku masih mengenangkan Mak kesayanganku yang baru menghidap penyakit cancer paru-paru.
Bagaimana aku ingin pergi mencari rezeki jauh dari padanya?
Hanya aku harapan satu-satunya untuk menjaganya.
Harap-harap doa aku akan termakbul.

2 comments: