up

Showing posts with label Berita / News. Show all posts
Showing posts with label Berita / News. Show all posts

Sunday, May 1, 2011

Bapa berang dengan 'keangkuhan' polis

Keluarga remaja Muhamad Arif Abu Semah yang ditahan bawah Ordinan Darurat sejak Mac 2008 berang tengan layanan polis yang hanya memberikan masa berjumpa hanya tiga minit kepada mereka.

Bukan itu sahaja, polis berpakaian biasa didakwa dengan kasar menarik rakan Arif, Fuqran, 17, daripada bilik apabila bertanyakan tahanan lain tentang keadaan rakannya, tempat ditahan dan sama ada akan dibawa ke mahmamah.

Bapa Arif, Abu Semah Ab Rahim kemudian bertanya kepada polis tentang insiden pada jam 11 pagi di balai polis Rawang.

"Mereka tidak menjawab, sebaliknya menarik kami selepas berjumapa Arif baru tiga minit. Perkara ini amat dikesali sedangkan biasanya saya boleh melawat selamat sejam setengah. Apa salahnya kawan anak saya bertanyakan soalan itu?"

"Adakah kita tidak mempunyai hak untuk tahu ke mana dibawa, dan bila dia akan dibawa ke mahakamah," katanya dalam linangan air mata apabila dihubungi Malaysiakini.

Abu Semah semalam ditemani peguam Edward Saw. Remaja itu didakwa didera menggunakan kayu, wayar dan batang besi yang disebat di kaki. 

Arif juga mahukan rawatan perubatan tetapi mendakwa dinafikan pihak berkuasa.

Keluh-kesah Arif itu diketengahkan oleh NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan kumpulan peguam Lawyers for Liberty pada Khamis berkaitan remaja dan pemuda yang ditahan bawah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1969.

Sunday, December 12, 2010

MENGAMUK ! suami nahas bersama kekasih




BAU: Seorang isteri yang tidak putus-putus memikirkan keselamatan suami selepas dimaklumkan mengenai kemalangan menimpa lelaki berkenaan tiba-tiba naik angin apabila mendapati pasangan hidupnya itu membawa wanita lain dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Bau-Serikin di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, wanita berkenaan memaki-hamun suaminya yang kesakitan selepas terbabit kemalangan sehingga terpaksa ditenteramkan anggota pasukan keselamatan bertugas.
Kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda dengan kereta Perodua Viva dipandu lelaki berkenaan bertembung menyebabkan seorang wanita berusia 32 tahun maut ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah.

Wanita berkenaan menaiki kereta bersama suami wanita itu, manakala tiga penumpang di dalam kenderaan pacuan empat roda terbabit tidak cedera.

Difahamkan, sebaik tiba di tempat kejadian dan menyedari ada wanita lain bersama suaminya, wanita terbabit memarahi lelaki itu, namun dapat dipujuk seorang doktor supaya beredar bagi membolehkannya memberi rawatan.

Dalam kejadian itu, Jelita Lorin meninggal dunia selepas parah di kepala akibat tersepit di tempat duduk hadapan.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Vincent Ajeng Liang berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dari Kampung Sileng Melayu, Lundu bersama lelaki yang bertugas sebagai anggota polis berpangkat sarjan berusia 49 tahun menaiki Perodua Viva dirempuh Mitsubishi Pajero yang datang dari arah Serikin.

Siasatan mendapati kenderaan pacuan empat roda dipandu lelaki berusia 20-an itu terbabas lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kereta dinaiki mangsa dari arah Bau.

Akibat rempuhan itu, mangsa tersepit di tempat duduk hadapan dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya.

Vincent berkata, anggota polis berkenaan patah kaki kanan manakala pemandu dan dua penumpang pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Bagaimanapun, seorang daripada penumpang wanita dalam pacuan empat roda itu patah tangan kiri, namun identitinya belum dikenal pasti,” katanya.

Vincent berkata, polis masih menyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian dan meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu tampil menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.