up

Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

BMW keluar 4,000 unit



BMW Group Malaysia akan terus meningkatkan pelaburannya di negara ini, sekali gus mengunjur pengeluaran lebih 4,000 unit pelbagai model menerusi pemasangan tempatan (CKD) di Kulim, Kedah.
Pengarah Urusannya, Geoffrey Briscoe, berkata jumlah itu membabitkan peningkatan 45 peratus berbanding kurang 3,000 unit yang dicatatkan tahun ini. “BMW mengeluarkan kurang daripada 3,000 unit dan ia dianggap lemah kerana jualan global terjejas oleh keadaan ekonomi tidak menentu. “Kenaikan pengeluaran yang dirancang itu besar dan kami yakin boleh mencapainya, malah mempunyai kapasiti untuk mengendalikan lebih banyak kereta untuk masa akan datang dan dengan keadaan ekonomi yang bertambah baik, kami rasa perancangan itu akan jadi baik,” katanya pada taklimat media selepas pelancaran BMW X1 oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir di Kulim, semalam.

RM30 juta untuk Tukar



SEJUMLAH RM30 juta diperuntukkan bagi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah program Tukar (Transformasi Kedai Runcit) bagi memodenkan kedai runcit koperasi sedia ada.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peruntukan RM10 juta disediakan kerajaan manakala tambahan RM20 juta disediakan SKM.

Program Tukar itu meliputi kerja mengubah suai kedai, pembelian peralatan dan perkakasan serta menaik taraf sistem teknologi maklumat (IT) yang diguna pakai,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Perdagangan Pengedaran Koperasi 2010 di Kuala Lumpur, semalam.
Menurut Ismail, sebanyak 100 kedai runcit koperasi dijangka mendapat manfaat daripada program itu dalam tempoh dua tahun akan datang. — Bernama

Tujuh keluarga terima RM10,000


SELAYANG: Seramai tujuh keluarga miskin dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer, di sini, menerima sumbangan pelaburan Amanah Saham Wawasan 2020 bernilai RM10,000 seorang dalam usaha membanteras kemiskinan secara lebih efektif di kawasan itu.
Skim yang dikenali sebagai Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) Bandar itu adalah satu bentuk bantuan pelaburan untuk rakyat miskin tegar yang berdaftar di dalam sistem E-Kasih sebagai platform mengubah nasib keluarga masing-masing.

Sumbangan disampaikan Adun Taman Templer, Datuk Subahan Kamal di pejabatnya, baru-baru ini.
Subahan berkata, sumbangan itu satu bukti kesungguhan kerajaan dalam memastikan kecekapan sistem pengurusan yang dilaksanakan agensinya dijalankan dengan berkesan. “Selain penyelarasan, pemantauan dan penilaian dasar, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut mengambil kira taraf kehidupan rakyat di bawah. Kita mahu rakyat faham bahawa agensi kerajaan ini sentiasa ada untuk membantu.

Menurutnya, kerajaan Pusat memperuntukkan RM10,000 sebagai amaun pelaburan asas dalam ASW 2020 untuk semua penerima.

Pelaburan ini hak kerajaan yang tidak boleh dikeluarkan, namun penerima akan menerima dividen pelaburan berkenaan pada setiap tahun mengikut kadar semasa,” katanya.