up

Monday, October 11, 2010

Talking To The Moon♥ ( Versi Jiwang )


Dikala terjaga dari lamunan mimpi indah malam ku,hati ku ingin melihat bintang.
Aku membangunkan diriku lalu terus keluar dari rumah untuk mencari bintang yang jauh dilangit.
Tetapi tidak ada bintang yang kelihatan pada malam itu,
Hanya bulan yang tidak berteman menjadi cahaya dimalam hari.
Hati pun pula mula berubah kerana melihat bulan itu tidak ditemani bintang.
Lalu aku menyandarkan diri ke dinding untuk menemani bulan itu.
Aku mula merenung ke bulan sambil mengenangkan kesakitan yang dialami dahulu.
Banyak persoalan yang tidak terjawab bagi ku terlintas di fikiran.
Dan dengan tidak sengaja,aku mula bertanya kepada bulan setiap soalan yang bermain didalam fikiran ku.
Aku kelihatan seperti manusia yang tidak waras kerana bercakap dengan sesuatu yang tidak akan dapat menyatakan apa-apa.
Kerana aku telah hilang tempat untuk mengadu dan bercerita tentang apa yang ingin aku sampaikan.
Tetapi hati ku dapat merasakan bahawa bulan itu dapat menjawab segala persoalan yang selalu bermain di fikiran ku.
Hari demi hari,aku selalu menantikan bulan dan dibuai oleh angin yang bertiup bersama embun pagi.
Aku terus bercakap dan terus memandang ke arahnya sambil tersenyum.
Jika ia di selubungi oleh awan,aku akan mula masuk ke bilik dan terus duduk di depan komputer untuk mencari sesuatu untuk menghiburkan hati.
Aku membuka album gambar-gambar lamaku dan mengenang kembali saat aku bersama mereka.
Tetapi hatiku mula merasa sakit apabila melihat pada gambar seseorang yang pernah aku berharap untuk menyayanginya.
Dengan menatapi gambarnya,aku tersenyum sambil menulis semua ini.
Hanya kerana gambarnya,aku menulis kata-kata yang tidak pernah kelihatan indah ini .

-Sid xD

No comments:

Post a Comment