up

Monday, October 11, 2010

Uncle Sid :D

Diperkenalkan ! Jeng Jeng Jeng




Damia Cristina,3Bulan dan kakak kepadanya Arina Syahirah,3Tahun(anak angkat) .
Anak kepada kakak aku Shahidah Nusrat yang telah berumah tangga selama 3 tahun.
Dua orang budak kecik ni yang aku jaga kat rumah sementara aku tak kerja.
Yela,nak tolong mak katakan..
Mak aku bernama Esah Wahab juga sebagai seorang nenek yang suka menjaga cucunya asyik sibuk dengan kerja-kerja di rumah.
So,pakcik kepada dua budak kecik ni bernama Darul Reduan aku lah tu xD yang sebuk kena jaga dorang dua ni.
Waktu aku nak tidur pun dah tak menentu,bila diorang dah tidur la baru aku boleh tidur skali.
Kadang-kadang tak sampai dua jam tidur kakak dia dah mekak-mekak siap SMACKDOWN aku suruh bangun.
Kakak: “Acik dalul bangun ! Buat susu adik”
Aku: “Besok jela buat,bagi dia hisap puting je”
Kakak: “Kalau adik hisap puting,kakak nak hisap ape?”
Rupa-rupanya,dengan kakak pun sibuk nak minum susu.
Tapi,aku tak bagi kakak dia minum susu sebab nanti terlampau manja pulak.
So aku buatkan lah air special yang aku slalu bedal kat umah ni iaitu “Air COKLAT” .
Paling aku menyirap bila sebuk nak tengok kartun.
Aku nak tengok cite “LAWAKING” dia nak jugak tengok “DORA”.
Kalau aku tukar channel je,mesti memekak “Alaa!!Nak Dora Nak Dora !”.
Bile aku ignore je jap gi memekak lah panggil nenek dia “NENEK!!Acik tak bagi tengok DORA”.
Zzz..
Kadang-kadang kalau kakak dia tengah leka main ngan adik dia,ada lah chance aku nak tengok tv kan?
Tapi yang jadi masalahnye,tak sampai 5minit tengok,Mak aku pulakk dari dapur dah jerit “TV3,mak nak tengok cite indon”.
Zzz..
Nak texting,takde orang plak nak ajak text.
Henset dah lah rosak,dengan blackout nya lagi Zzz ..
Maklumlah,single katakana xD.
Dulu time arwah abah aku ada,memang dia jela jadi teman borak aku kalau aku tak boleh nak buat apa-apa kat rumah.
Nak keluar kang sape nak jaga budak kecik ni.
Ape lagi yang aku boleh buat kalau macam tu ?
Sofa memanggil lahh jawapanya TIDUR !!
Sebelum tu lepak-lepak jap kat luar umah hisap rokok sebatang .
Tidur punyalah syok en sampai maghrib kena maki tak reti nak bangun .
Bile dah kena SMACKDOWN kali ke-2,aku terus la bangun then LOADING dalam beberapa minit.
Capai tuala,angkat tudung saji dulu usha ada apa yang best untung DIRENTAP lepas mandi.
Apaaa pun takde...
Sebab,mak aku malas nak masak banyak.
Kalau dia masak banyak-banyak pun siapa nak makan?
Aku ni kalau ada makanan kat rumah pun aku nak gak RENTAP kedai MEK.
Bile dah TERSADUNG je makan kat rumah.
Sorry lah mek,kadang-kadang tu POKAI lah jugak enn !
Malam pun dah menjelma,itu lah masa VAMPIRE keluar rumah.
Tapi sebelum tu sembahyang dulu,baru lah hati mak aku tenang sket .
Aku ni kalau dah keluar,nak balik tu aku agak-agak macam orang dari KL sibuk nak balik KELANTAN.
Ntah-ntah dah sampai siap makan “BUDU” dah kot.
Yela,aku ade lah buat bisnes kecik2 dekat facebook .
ONLINE PRE-ORDER SHOP dan dikenali sebagai “SAUDAGAR BARANG IMPORT” .
Hari-hari kena perhabis duit dekat cyber cafe sebab nak online.
Ni buat cite yang korang bace ni pun kat cyber cafe jugak.
Haizz..
Sehari habis RM8,kalau seminggu?sebulan? (RM8x7x30=RM1680)
HAHAHA !
Kalau aku kumpul dah dapat beli sebijik computer dah kat rumah.
Takpe lah,susah-susah dahulu kann.
Senang-senang kemudian
Lepak punya lepak,cyber cafe pun nak tutup.
Haa itu time member dah “MENYERU” ajak lepak kedai “MEK”.
Lepak lah sampai ke subuh .
Balik-balik je sambung jaga anak buah aku yang si adik tu sebab mak aku sebuk nak siapkan kuih pagi-pagi untuk dijual.
Kadang-kadang kalau budak tu tak bangun,mesti aku lah tukang kira dan hantar kuih tu.
Hmm,dari situ jela pendapatan mak aku perolehi buat masa ni.
Bagi dia,setakat lepas buat makan dan bayar semua bil dah cukup.
Aku pun bersyukur ada keluarga yang macam ni,
Selama aku hidup,aku dapat belajar sifat bersabar dari diorang.
Bak kata arwah abah aku “Biar kita takda harta,tapi biar BERJUTA budi bahasa”.
Haha gempak kan pesanan dia.
Ok lah,sampai disini saje cerita tentang cara mendapatkan hati cicak.
Dah penat dah ni nak menaip.
Ok nak sambung upload barang kat kedai.
Bye bye !
-SiD

No comments:

Post a Comment