up

Tuesday, December 14, 2010

Buaya Di Teluk Cempedak


KUANTAN: “Saya ketepikan perasaan takut dan membayangkan diri seperti pakar menangkap buaya, mendiang Steve Irwin menangkap buaya itu,” kata Mohd Ridzuan Zainal, 28, yang bergelut dengan buaya tembaga di Pantai Teluk Chempedak, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.25 malam, buaya sepanjang tiga meter dan seberat 150 kilogram itu dipercayai sesat ketika air pasang sebelum ditemui terdampar di tebing pantai berkenaan.
Mengimbas semula detik cemas itu, Mohd Ridzuan atau dikenali sebagai Jo Dayak yang juga seorang peluncur ombak berkata, dia mendapat tahu berhubung penemuan buaya itu melalui pengunjung lelaki di pantai berkenaan yang menyangkakan haiwan berkenaan biawak komodo.

Menurutnya, dia bergegas ke lokasi dimaklumkan sebelum tergamam apabila melihat haiwan disangka biawak komodo itu rupanya buaya tembaga.

Mohd Ridzuan cuba memegang ekor buaya itu, namun haiwan itu melibas ekornya sebelum dia melemparkan tuala ke mulut haiwan berkenaan.

Mohd Ridzuan berkata, selepas melemparkan tuala, dia membaling tali menjerut mulut buaya tembaga berkenaan, tetapi dia disentap dan ditarik sehingga ke dalam air oleh haiwan itu.

Saya menjerit memanggil beberapa rakan sambil berusaha menarik semula buaya itu ke darat sebelum menutup mulutnya dengan tuala dan mengikat dengan tali.

Ketika bergelut dengan binatang buas itu hampir lima minit, saya ketepikan perasaan takut dengan membayangkan diri seperti pakar hidupan liar Australia, mendiang Steve Irwin untuk menangkap binatang buas berkenaan,” katanya.

Buaya tembaga itu diserahkan kepada anggota penyelamat daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang tiba di tempat kejadian jam 7.35 malam.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Pahang, Khairiah Mohd Shariff berkata, buaya berkenaan dilepaskan semula ke sungai di daerah itu kira-kira jam 1.30 pagi.

2 comments:

  1. ish. seram je. cube bayangkan tetiba mandi pantai ada buaya -.-"

    ReplyDelete
  2. itu lah takut nak gi pantai skarang ni cik alynn .

    ReplyDelete