up

Tuesday, December 14, 2010

TIME tawar Internet selaju 50Mbps



PENYEDIA perkhidmatan Internet dengan teknologi gentian optik 100 peratus, TIME dotCom Bhd (TdC), mengumumkan pakej jalur lebar penuh dengan kelajuan 50 megabit sesaat (Mbps) berharga serendah RM99.
Bagaimanapun, perkhidmatan untuk pengguna rumah terbabit kini terhad di segitiga emas ibu kota dan Mont Kiara sebelum ia bakal diperluaskan di Lembah Klang dalam tempoh terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Afzal Abdul Rahim berkata, proses memasang gentian optik yang berupaya menawarkan kelajuan Internet tinggi itu kini giat dilakukan dan akan menemui pengguna secepat mungkin.
"Kita menyasarkan bangunan tinggi di sekitar Lembah Klang untuk perkhidmatan Internet yang laju ini," katanya.

Beliau memaklumkan, setakat ini kira-kira 200 bangunan tinggi dipasang gentian optik terbabit manakala syarikat itu juga bakal menguasai bangunan pejabat.

"Kami mengenal pasti lebih 95 peratus pejabat di sekitar Kuala Lumpur sudah mendapat prasarana kami," katanya

Setakat ini, sebanyak 30,000 premis termasuk kediaman dan pejabat menggunakan perkhidmatan TdC di Lembah Klang.

Beliau berkata, TdC merancang untuk menjalankan kerja pemasangan kabel gentian optik di Bangsar, Shah Alam, Bukit Damansara dan Petaling Jaya sebagai lokasi berikutnya yang menikmati Internet berkelajuan 50Mbps,'' kata Afzal


Pakej pengguna yang diperkenalkan TdC termasuk 2M Value, 2M, 6M dan 12M dengan kelajuan 2Mbps, 2Mbps,6Mbps serta 12Mbps berharga RM99, RM119, RM159 dan RM219 sebulan.

Sementara pakej perniagaan 2M, 6M, 12M dan 24M pula menawarkan empat jenis kelajuan iaitu 2Mbps, 6Mbps, 12Mbps serta 24Mbps berharga RM148, RM218, RM518 dan RM818 sebulan.

Bagi pakej TIME Fibre Internet Plus mempunyai tiga pilihan kelajuan data iaitu 6 Mbps untuk RM688 sebulan, 12 Mbps (RM1,288) serta 24 Mbps untuk RM1,888.

2 comments:

  1. RM99 sebulan tu cam mahallah hu3

    ReplyDelete
  2. better streamyx je kak jieda .
    sebb saya kerja streamyx :D

    ReplyDelete