up

Tuesday, December 14, 2010

Kaspersky taja Ferrari musim depan



PADA tahun depan, peminat pasukan Ferrari dan F1 akan dapat melihat logo Kaspersky Lab pada kereta pasukan.
Pengembang kandungan selamat dan penyelesaian pengurusan ancaman terkemuka itu baru saja mengumumkan kerjasama dengan F1 Scuderia Ferrari yang menyaksikan syarikat antivirus itu menaja pasukan terbabit untuk musim 2011 dan 2012.

Kaspersky Lab sebelum ini sudah memasuki dunia permotoran sejak awal tahun ini ketika menandatangani perjanjian penajaan dengan pasukan Ferrari AF Corse untuk Le Mans Series Championship.
"Kami sentiasa melakukan sesuatu di Kaspersky Lab dan berusaha untuk menjadikannya lebih baik daripada orang lain dan yang paling penting, kami akan melakukannya secara berbeza," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Kaspersky Lab, Eugene Kaspersky.

Berkongsi keinginan yang sama untuk cemerlang dalam segala yang dilakukan, kedua-dua organisasi Kaspersky Lab dan Ferrari yang terkenal di dunia untuk prestasi terbaik di kelasnya tersendiri mahukan penguasaan inovasi teknologi dan tahap kebolehpercayaan yang tinggi.

Kaspersky Lab berteknologi tinggi bertempur dengan virus berbahaya selama lebih 13 tahun dan membuat kehidupan digital lebih 300 juta pengguna di seluruh dunia lebih aman manakala Ferrari terkenal kerana keunggulan teknologi dan keselamatan keretanya.

Kedua-dua syarikat dihubungkan dengan satu kelajuan iaitu Ferrari membuat kereta terpantas di dunia sedangkan Kaspersky Lab memastikan waktu respons terpantas untuk menangani virus.

No comments:

Post a Comment