up

Tuesday, December 14, 2010

Kekangan main Facebook di pejabat



PEMBEKAL terkemuka rangkaian keselamatan pintar dan penyelesaian perlindungan data, SonicWALL, Inc mengumumkan SonicOS 5.8 sebagai barisan produk Firewall Generasi Masa Depannya.
Keluaran aplikasi terbaru ini meningkatkan kepintaran aplikasi sedia ada dan kemampuan kawalan dengan menyepadukan ‘dashboard’ aplikasi dan perkakasan analisis lain yang membolehkan pengurus tekologi maklumat (IT) meninjau trafik dan menentukan penggunaan lebar jalur berdasarkan maklumat masa sebenar. 
Pengurus akan dapat mengawal dan memperuntukkan sumber bagi aplikasi kritikal dan pengguna yang menggalakkan produktiviti namun dalam masa sama mampu menyekat serta mengawal kegiatan tidak sepatutnya dilakukan.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan di Gartner, Greg Young, firewall secara tradisinya adalah model binari dengan konfigurasi unik hanya boleh mengawal port dan alamat IP.

Sistem Penghalang Gangguan (IPS) boleh melihat malware, tapi aplikasi kawalan di Firewall Masa Depan pula boleh menyekat atau mengawal aplikasi seperti media sosial membolehkan aplikasi kritikal mendapatkan lebar jalur yang sepatutnya mereka perlukan,” katanya.

Polisi seperti ‘Facebook boleh, tapi tidak ada Farmville’ dan ‘Facebook kini hanya boleh menggunakan kurang dari 10 peratus sambungan dan lebar jalur ketika masa bekerja.’

Aplikasi Pintar SonicWALL, Kawalan dan Visualisasi memanfaatkan pengembangan pangkalan data berterusan yang terdiri daripada 3,000 aplikasi dan memanfaatkan teknologi Reassembly-Free Deep Packet Inspection(TM) (RFDPI) untuk mengurangkan masa tertangguh yang rendah serta penggunaan berprestasi tinggi.

Menyedari penyebaran, frekuensi dan ancaman yang sofistikated, Firewall Masa Depan menggunakan kepintaran firewall tambahan termasuk Rangkaian Pertahanan Respon Global Pintar SonicWALL (GRID) yang mengadaptasi ancaman masa sebenar serta peningkatan 3.7 juta ancaman.

No comments:

Post a Comment