up

Tuesday, December 14, 2010

Tujuh keluarga terima RM10,000


SELAYANG: Seramai tujuh keluarga miskin dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer, di sini, menerima sumbangan pelaburan Amanah Saham Wawasan 2020 bernilai RM10,000 seorang dalam usaha membanteras kemiskinan secara lebih efektif di kawasan itu.
Skim yang dikenali sebagai Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) Bandar itu adalah satu bentuk bantuan pelaburan untuk rakyat miskin tegar yang berdaftar di dalam sistem E-Kasih sebagai platform mengubah nasib keluarga masing-masing.

Sumbangan disampaikan Adun Taman Templer, Datuk Subahan Kamal di pejabatnya, baru-baru ini.
Subahan berkata, sumbangan itu satu bukti kesungguhan kerajaan dalam memastikan kecekapan sistem pengurusan yang dilaksanakan agensinya dijalankan dengan berkesan. “Selain penyelarasan, pemantauan dan penilaian dasar, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut mengambil kira taraf kehidupan rakyat di bawah. Kita mahu rakyat faham bahawa agensi kerajaan ini sentiasa ada untuk membantu.

Menurutnya, kerajaan Pusat memperuntukkan RM10,000 sebagai amaun pelaburan asas dalam ASW 2020 untuk semua penerima.

Pelaburan ini hak kerajaan yang tidak boleh dikeluarkan, namun penerima akan menerima dividen pelaburan berkenaan pada setiap tahun mengikut kadar semasa,” katanya.

No comments:

Post a Comment