up

Sunday, December 12, 2010

Terjun Tingkat 19

KUALA LUMPUR: Seorang wanita sanggup terjun tingkat 19 kondominium mewah di Mount Kiara semalam, dipercayai akibat tidak tahan menanggung penderitaan penyakit hilang ingatan, semalam.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, Ling Cheng Kim, 29, berasal dari Sabah, dikatakan turut mempunyai masalah keluarga dan dia mempunyai penyakit hilang ingatan selepas kemalangan di Sungai Petani beberapa minggu lalu. 
Difahamkan, mangsa diambil suaminya pulang ke rumah mereka selepas dia mendapatkan rawatan akibat kecederaannya itu, namun wanita terbabit mengalami masalah hilang ingatan akibat kemalangan terbabit.

Menurut sumber, mangsa dilihat sering murung dan tidak bermaya.

Ketika kejadian, mangsa berada di dapur rumahnya dan dia akhirnya nekad terjun sebelum terjatuh di tingkat empat rumah penghuni lain.

Penghuni rumah berkenaan yang mendengar dentuman kuat meninjau kawasan balkoni rumahnya dan terkejut mendapati sekujur tubuh dipenuhi darah tersangkut di situ,” katanya.

Menurutnya, penghuni rumah terbabit kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian sebelum pasukan bomba dan penyelamat dipanggil untuk menurunkan mayat mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya.

2 comments: