up

Sunday, September 26, 2010

PUNK NEED LOVE

Pada hari sabtu , angin bertiup kencang di Kuala Lumpur.
Terdapat tiga orang budak lelaki yang nakal sedang lepak sambil menghisap rokok dan bercerita tentang kesah lampau mereka.
Seorang daripada mereka asyik tersenyum apabila mereka sedang berkongsi cerita sesama sendiri sambil lepak di tangga .
Apabila sampai giliran budak lelaki yang tersenyum sebentar tadi,dia terus berkata 'Aku bukan taknak cite,cume kebanyakkan kesah lampau aku yg sendih2 je' .
Rakannya membalas kembali dengan memberi sedikit kata semangat 'Biarlah sedih pun,ktorang kan ada lagipun ktorang kan sahabat sejati kau' .
Lalu budak lelaki itu pun mula menceritakan tentang kesah silamnya .

Story : "Selama ni banyak yang aku sorok dari pengetahuan korang,semua ni bermula masa bapa aku meninggal dunia.Aku rasa dah hilang semangat untuk teruskan hidup tanpa dia sebab dia lah semangat aku untuk hidup selama ni.Mase tu pulak,aku ade sorang 'bunga' yang sanggup berkorban untuk kembali kan semangat aku.Aku pun apa lagi,percaya dan tambah sayang lah kat dia.Selepas dua minggu bapa aku meninggal tu dia tibe2 tuduh aku ade pempuan lain.Tapi kenyataanya aku takde sape2 kecuali dia sebab duduk pun satu rumah takkan lah aku boleh ada pempuan lain tibe2.Dengan rela hati aku penuhi permintaan dia supaya tinggalkan dia dan jangan kacau dia lagi.Aku pun jadi pelik dan hampa gila bila dia mintak aku buat mcm tu.Rupe-rupenye masa aku couple dengan dia,dia ada GO-ON ngan sorang mamat ni tanpa pengetahuan aku.Yelaa..aku bukannye ada apa2 nak bahagiakan hidup dia selain kasih sayang.Biar jelah kan takkan nak membenci orang,nanti termakan diri sendiri pulak.

Selepas dua bulan berlalu,aku kenal sorang pempuan ni dalam FACEBOOK.Aku berkenalan lah dengan dia,makin lama makin rapat.Kawan punyalah kawan,rapat punya lah rapat..Aku bole plak jatuh hati ngan dia lepas aku share cite kat youtube dengan dia.Harijadi aku pun dah dekat,so aku ajak lah dia celebrate dengan aku kat KL.Kire time tu aku nak cakap kat dia lah yang aku ni dah jatuh hati kat dia.Sampai je hari jadi aku tu,dia pulak tak dapat nak datang sebab ada hal penting.Hmm rasa macam melepas plak kanm.Langsung celebrate sendiri jee..Malam tu aku online then aku suruh WALL dia kat facebook suruh on Yahoo Messanger.Tengah syok-syok chat aku pun memberanikan diri,aku terus terang kat dia yang aku ni dah jatuh hati dekat dia.Tapi dia cakap ' Kita kawan dulu OK ! '.Dia macam nak cabar tahap kesabaran aku lah berapa lama aku boleh tunggu dia.

Aku sabar punya sabar,last2 aku dapat tau dia dah GO-ON ngan mamat mana ntah.Pehh!!masa tu aku frust kot tak sangka selame ni aku tunggu dia tapi dia boleh plak couple ngan orang lain.Time tu jugak lah aku stop fikir pasal dia,yela aku ni bukannya anak orang kaya bukannya ada apa2 HARTA selain seribu satu budi bahasa.Aku ni budak yang sukakan perkara gila dan aku kan NAKAL.Selang beberapa minggu,dia terjumpa aku kat KL.Dia terus peluk mintak maaf siap nangis bagai.Aku ni pulak jenis senang nak maafkan orang so aku maafkan dan aku suh dia janji jangan ulang perkara yang sama lagi.Dia punyalah rasa serba salah sampai tak nak lepaskan aku.Dia suruh aku janji jangan sesekali tinggalkan dia.Aku pun penggang lah janji2 manis yang diberi dari dia :).Kitorang sambung berkawan macam biasa dan dia tinggalkan mamat tu sebab mamat tu terlalu 'OVER CONTROL' katanya.

Hari demi hari,dia makin selesa dengan aku,aku lagi lah berganda2 selesa dengan dia rasa macam dunia ni aku ngan dia punya lah kadang2 tu HAHA!Secara tak sedar,surat tawaran mengikuti latihan PLKN sampai kat umah aku.Aku tak bagi tau dia pun n aku pun rasa macam taknak pegi plak.Demi permintaan mak aku yang tercinta,aku buat keputusan untuk terima tawaran tersebut.Semasa aku dalam kem tu,aku selalu ingat kat dia padahal dalam kem tu bersepah lagi pempuan.Mungkin disebabkan keikhlasan dia,aku tak jatuh pada mana2 pempuan dalam kem tu.Setiap hari jumaat time aku dapat fon dari jurulatih aku selalu contact dengan dia jea(AFTER AKU CALL MAK AKU LAH).Aku selalu lah contact dengan dia takde orang lain pun selain dia ngan mak aku.

Tiba2 ada satu minggu tu,dia tak call aku apatah lagi message.Mungkin dia busy so aku malas lah nak kacau.Minggu seterusnye aku cuba lah contact dia n hati aku tibe2 tergerak nak teka yang dia dah ada 'boyfriend' baru ke.Rupanya tekaan aku tu betul cuz dia cakap minggu lepas dia memang nak GO-ON lagi dengan sorang mamat milo mane ntah.Aku pun apa lagi,putus harapan lah katakan.Kata dah janji itu ini tapi hasilnya sama jugak hati aku jugak yang berdarah dan bernanah zZzz...

Akupun mula lupakan dia balik lalu aku cuba cari awek lain dalam kem.Hmm rupa2 nya dah ada yang minat kat aku dari mula aku datang kem.Slow2 aku berkawan dengan dia tapi susah nak faham diri pempuan ni.Dia tanya kat aku apa status aku ngan dia?so aku cakap lah taktau sebab takde kata putus pun.Besok tu time makan malam aku request nak GO-ON dengan dia tapi dia bantai gelak je tak jawab ape langsung.Hari2 dia tanya soalan yang sama kat aku sampai budak yang aku tunggu selama ni mintak maaf kali kedua kat aku.So aku maafkan lah takkan nak maki kot.

Yang pempuan pempuan dalam kem ni pulak makin hari aku pun makin jadi tawar hati dengan dia.Bukan dia je beb,tapi semua pempuan lah biarpun lawa gilee.Aku menanti2 untuk pulang ke rumah yang tercinta sebab dah rindu gila suasana kat rumah.Lepas je aku balik dari PLKN,budak yang aku tunggu tu ajak aku jumpe sebab rindu(dia yang cakap rindu).Aku ni memang rajin keluar KL so deal jumpa kat KL jela.Masa jumpa tu dia peluk aku skuat hati dia..Pehh!! aku dah lah rindu kat dia,lagi lah muncul balik tanda sayang aku kat dia.Start haritu,ktorang gi mana2 bersama mesti pegang tangan jarang gila nak lepas.Setiap kali nak balik je dia mesti cium pipi aku dulu..Yelaa lama tak kena cium kan.Aku tak tau lah sampai bila nak tunggu dia.Sampai hari ni aku tetap amek berat pasal dia walaupun dia dah dua kali kecewakan aku.Bagi aku dialah orang yang dapat buat aku tersenyum sampai bila2 dan memberi seangan untuk hidup.

Setelah rakannya habis mendegar cerita budak lelaki itu,kedua rakannya merasa begitu kagum atas ketabahan diri budak itu.Perbualan mereka berhenti sampai disitu apabila mereka mula merasa bosan hanya melepak di tangga itu.Lalu mereka mula tabiat buruk mereka iaitu mempertawakan orang di sekeliling.

-Sekian =)

No comments:

Post a Comment